Sunday, October 2, 2011

rasa hati... bila saat yang berlalu...


menghitung waktu menjadikan aku lemas dan lelah dalam mengharungi hidup... resah dalam kekeliruan dan lemas dalam penantian dan debaran...


kau...
tidak aku kenali siapa...
tidak aku ketahui dimana...
tidak aku pasti bila...
tidak aku mengerti kenapa...
tidak aku tahu bagaimana...
kau...
kau...
namun begitu kau mengetarkan jiwaku...
membuatkan hatiku sengsara...
membuatkan jantung lemah dan lelah...
membuatkan minda dan akalku mereng...
kau...

telah aku sediakan kunci hatiku untukmu... namun tidak pasti adakah kau sudi menerimanya atau sebalik...
jagailah ia...
dengan tanggungjawab...
dengan kasih dan sayang...
dengan amanah...
dengan cinta...
dengan rindu...
kerana hanya itu yang aku ada...
kerana hanya itu yang mampu aku berikan...
kerana hanya itu yang...
mampu menentukan sejauh mana dalamnyer bukti kasih yang aku simpan...

Saturday, September 3, 2011

rasa hati... bila pertama kali bertegur sapa...

telah lama bertemu muka... telah banyak cerita yang aku dengar...
sebelum ini terdetik rasa untuk aku mengenali kamu... who are you...
hari ini bila aku mula menegur... bertanya kepastian tentang kamu.. kenapa tiada apa-apa rasa...
jantung tidak berdegup... teruja hilang entah kemana...
yang tinggal cuma kata-kata.: betul rupanya tekaan aku...
kenapa tiada rasa...

biarlah masa yang menentukan... biar hati kembali berbicara...