Monday, December 3, 2012

kau ke kiri.. dan aku ke kanan...



destinasi dan tujuan kita sama...
tapi arah kita berbeza...
kerana kau dan aku,
memang telah ditakdirkan bertemu dimedan ini...
memang telah ditakdirkan berpisah selepas itu...
pertemuan ini menguji hati aku utk terus kuat dan tabah...
perpisahan ini menguji hati aku utk terus sabar dan tegar...

semakin kedepan kita berjalan semakin jauh jarak antara kita...
dan suatu hari nanti kita akan bertemu kembali kerana bumi ini bulat...
perjalanan kita masih jauh...

Wednesday, November 21, 2012

pasti ada pelangi untuk aku...



 panas yang ku sangkakan sampai ke petang rupanya hujan seketika di tengahari...
terduduk aku sendiri...
bila pelangi muncul cantik di petangnya setelah hujan mulai meredha...
barulah aku menyedari...
Anugerah yang terindah akan aku perolehi bila diri diuji...

cantiknya pelangi...
anugerah yang terindah... menyejukkan jiwa...

pelangi selepas hujan...
resminya contoh kehidupan...
Allah menguji kerana mengasihi...
didatangnya ujian kerana cerminan kasih sayangNya...
selepas kesusahnya itu di kurniakan sesuatu yang indah...
anugerah kerana kita terus sabar menempuhi dugaan...





kerana itu aku masih lagi mampu tersenyum dan kembali berdiri...
2012 kini hampir berakhir...
memorinya aku lalui sepanjang ini cukup memilukan dan menyesakkan dada...
walaupun hati aku pecah bagaikan kaca yang terhempas ke batu...
aku kutip serpihannya satu persatu, sehingga serpihan sebesar hama...
lalu ku cantum hatiku kembali menjadi satu...
kerana perjalanan hidupku masih panjang...
tak mahu aku hidup tanpa hati yang tidak lengkap...
biar parut kenangan itu masih ada...

pelangi petang- sudirman

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

cuaca cerah lepas hujan
semoga aku mampu sentiasa tersenyum...


ingin aku terus berlari walaupun... aku tersilap langkah dan tersungkur...bangun berdiri dan kembali berlari...












Saturday, October 6, 2012

aku, ia dan mereka...

sebal aku... kecewa... geram...
aku sememangnyer x celik tentang perihal Ia...
merata aku menangih bantuan...
malahan aku akan bayar berapa sahaja kosnyer...
aku tak minta mereka buat secara percuma yer...

tapi beginilah hakikat bila org melayu meniaga...
hanya untuk membaiki bumper yang lari dr soketnyer...
aku perlu melalui masa hampir 2 bulan...
namun janji msih tinggal janji...
klu dr awal mereka menolak aku x perlu tunggu selama ini...
dah lama aku cari lubang lain...

sakit jiwa...

klu aku tahu, aku buat sendirilah...
masalahnyer aku x tau...
kesabaran aku kini ada di tahap maksima...
aku x yakin aku mampu bersabar bila aku berdepan dgn kamu...

bila mrk berada di ZON SELESA...
menganggap bgaimn crnyer pun aku perlu berurusan dgn kmu selepas ini...
kmu cuba bermain tarik tali dgn aku...

duk aaa.. eemmm.. berminggu2...
aku ni bukan jenis yg mungkir janji...
klu yer dah lama aku cabut...

perlukah aku menunggu lagi...
oh tidak...
bila semua ini akan berakhir????.....

Wednesday, September 26, 2012

Search - Cinta Sepi


Cinta Sepi

Kau nyalakan pelita hati
Tapi sayang di tengah hari
Aku sendiri bukan tak peduli
Betapa halusnya cinta
Hingga kita bisa tersinggung
Walau dengan setitis dusta

Terbakar hari panas mentari
Panas lagi cinta ini
Haruskah kita terus begini
Dalam mencari erti cinta
Hingga kita bisa tersinggung
Walau dnegan setitis dusta

Diam bukan bererti
Aku tidak mengerti
Dan bukan cumbu rayu
Yang mebuat kita rindu
Lumrahnya cinta

Sedang kita alami cinta sepi
Dekat ku rasa jauh pun ku rasa
Sekuat mana getaran cinta kita


http://www.youtube.com/watch?v=xdcOYYSc394 

Saturday, September 22, 2012

sibuk!... mengutip cebisan hati...

maaf aku terpaksa memingigirkan mu seketika...
kerana
aku sibuk mengutip dan mencantum kembali cebisan hati aku yang hancur...
cebisannya terlalu halus hingga terlalu lama masa yang aku perlukan...
perlunya aku kutip dengan penuh teliti..
agar tiada cebisan yang tertinggal...
andainya ada yang hilang rasanya tidak lagi akan sama...
kerana walaupun hati ini telah parah dan remuk menjadi serpihan tetap jua tidak aku ingin rasa  yang seperti dulu hilang...

kerana nama kamu tersisip indah dilubuk hatiku...

Saturday, September 1, 2012

ogos kini berlalu...


bercerita tentang kisah yang sepatutnya berlaku di Ogos 2012...
kita hanya mampu merancang,...
tuhan yang menentukan setiap kejadian...

well ogos kini berlalu...
alhamdullillah aku mampu melaluinya dengan tenang dan keceriaan...
dengan kehadiran sesuatu yang baru...
telah aku jadikan bulan ini sesuatu yang lebih bermakna...

iaitu erti berdikari...
belajar untuk menguruskan diri secara lebih meluas...
belajar untuk melawan trauma atau fobia...
belajar untuk lebih bersabar dalam menghadapi dugaan...
belajar untuk menerima dugaan dengan hati yang lebih terbuka...
belajar untuk lebih bersyukur...

setiap hari adalah permulaan untuk sesuatu yang baru...
seperti kanak2 yang baru boleh berdiri,
aku melangkah dengan keyakinan yang aku tak perlu takut untuk tejatuh mahupun terluka...

bersyukur aku dengan nikmat dan hikmah yang kuterima...
bersyukur aku meniti kedewasaan yang sedang aku lalui...

mungkin kata mereka sudah terlambat...
namun untuk sesuatu perubahan dan pembaharuan tiada istilah terlambat bagi aku...
biar mereka lelah bersuara...

sedangkan aku tersenyum gembira meniti kejayaan demi kejayaan...

harapan tetap aku tekadkan,
suatu hari nanti...perancangan ogos 2012 yang sedikit tergendala tetap jua akan berlangsung dengan jaya...
tidak kisah bila, dimana, bagaimana...
kerana aku yakin Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya...
insyaallah...

PERJALANAN ITU MASIH PANJANG...
KAU DAN AKU...
KITA AKAN MERINTISNYA BERSAMA-SAMA...
INSYAALLAH...

Thursday, August 2, 2012

seronok terima menantu...

ogos 2012

berbohonglah aku andainya aku terus menafikan kekecewaan...
semua yang berlaku adalah takdir dan kita hanya mampu merancang...
semua ketentuan adalah dari yang maha esa...

jan - mei 2012
aku menanti dengan pelbagai persoalan...
aku menanti dengan penuh debaran...
aku menanti dengan segunung harapan...
aku menanti dengan sulaman impian...

jun 2012
semua persoalan terjawap sudah...
semua debaran mengedur sudah...
semua harapan landai sudah...
semua impian terlerai sudah...

semuanya kerana tautannya terlalu rapuh dan tidak kemas pada ikatannya...

tanpa berfikir panjang mengikut hati yang kecewa,
aku merancang sesuatu...mendapatkan sesuatu sebagai satu tanda penganti...
seperti biasa ketentuan Maha Esa, dan rencanaNya tidak tidak tercapai akalku...
ogos ianya menjadi rezeki aku...
bagaikan halilintar membelah bumi aku menghadapinya...
aku gelarkannya menantu baru...

bagi mereka yang tidak mengetahui rahsia disebalik setiap keputusan aku...
bergembira menerima kehadiran menantu...
aku menerima teman baru...
dan ianya dari keputusan hati yang kecewa @ langkah pertama untuk 1 permulaan yang baru...

kehadirannya mengajar aku sesuatu...

Insyaallah... ianya adalah untuk kebaikan untuk semua...


selamat datang ke dalam kehidupan aku...

Saturday, July 28, 2012

ogos oh ogos...


ogos 2012...
peringatan yang akan menjadi kenangan yang sukar untuk aku lupakan...
berbohong andainya aku nyatakan aku tak apa dan hati aku tidak kecewa dengan semua ini...
namun aku hanya mampu berserah dan pasrah...

kerana terlalu mengikut hati yang kecewa aku telah membuat keputusan itu...
bila semuanya telah tertunai... ia bagaikan tugu peringatan...
mengingatkan aku pada sesuatu yang sepatutnya aku lupakan...
kuatkah aku untuk menghadapi semua ini sendiri?...

debaran hati untuk melalui bulan ini, membuatkan aku gelisah dan resah,
membuatkan aku termenung dan sebak...

jiwang lak rasa... sooddiiisss yang amat...
semoga Allah memberikan aku kekuatan...
Amin..


Tuesday, July 17, 2012

terlambat... atau takdir...


"kenapa kita baru ditemukan....
terlambat sudah...
baru berapa minit yang lalu aku bertemu dan berjanji dengan insan yang lain muncul sebelum...
walaupun hati ini berat untuk mengotakan janji bila bertemu dengan mu,
namun semuanya sudah terlambat...
kita tak mungkin untuk memungkiri janji..
kerana itu sifat org yang munafik...
andai kata kamu yang aku temui dulu pasti kamu adalah pilihan aku..."

kata-kata yang sering kali aku dengar...
kata-kata yang kadang2 bunyi macam melawan takdir yang telah tertulus...
dan seolah2 pasrah tanpa kerelaan...
bukankah sepatutnya kita lakukan semuanya dengan kerelaan dan bersyukur...

Allah mendatang sesuatu semuanya ada sebab yang tersendiri...
Allah menguji kerana menyayangi...
Allah maha mengasihani...
mengetahui sesuatu sebelum ianya terjadi...
semua yang berlaku dengan izinNya...

berhenti menyesali apa yang berlaku...

lalui semuanya dengan tenang dan rasa yang bersyukur...


Monday, July 9, 2012

kenangan vs cinta

boleh aku katakan bertapa bodohnya kamu, andainya kamu cemburu dengan kenangan cinta lalu...
kenangan adalah sesuatu sejarah silam yang kekal di ingatan...
cinta itu sesuatu yang sentiasa akan berkembang dan menjadi masa hadapan...

kenangan...
teringat aku pada seseorang,
seorang lelaki yang pernah menambat hati aku suatu ketika dahulu...
sudah sekian lama berlalu, namun bayangannya masih segar dalam ingatan aku, ianya aku namakan kenangan...
kenapa? ada yang betanya begitu... bukan itu namanya cinta dan bermaksud aku masih lagi menaruh harapan untuk bersamanya...
ya... menaruh harapan!...
aku bersetuju untuk itu... tetap juga aku nyatakan itu kenangan bukan cinta...

cinta...
sebelum bercerita tentang itu...
biar aku sudahkan dulu tentang kenangan...

dia seorang yang boleh dikategorikan kacak pada kaca mata aku melihat...
KACAK!... ya kacak!...
aku seoarng yang sukakan kekemasan, smart, bergaya, sentiasa manis dengan senyuman...
tapi bila dia muncul di depan aku walaupun dlm keadaan yang selamba dan selekeh, aku masih boleh tertarik itulah aku lebalkan sebagai seorang yang kacak...
dia sukar untuk senyum, sombong, ego...
tapi aku masih lagi tertarik itu aku gelarkan kacak...

manisnya senyumannya... patutlah dia susah untuk senyum... boleh cair beb...
kenangan itu aku simpan kemas dlm hati aku...

andai tiba suatu hari dia dtg pada aku dan meluahkan kata2 cinta... yes i do...
why... sebab itu cinta...

tidak dapat aku nyatakan apa yang seterusnya kerana... cinta itu masa hadapan...
bagaimana ia berlangsung tidak aku ketahui...

dan cinta itu akan berlangsung selagi ada jodoh dan teguhnya kita menghadapi ujian...
bila hati kita tidak mampu lagi bertahan... cinta itu akan terputus ditengah jalan...
semua itu kuasa takdir...

membawa hati lara bersama cinta yang bertukar menjadi kenangan cinta...
bertemu dgn cinta baru...

usah ada cemburu dgn kenangan cinta yang telah menjadi sejarah...
biarkan dia terus mengingatinya kerana ianya telah terpahat dlm memori...
bukan bererti tidak menyintai cinta baru cuma kenangan itu telah dulu hadir sebelum cinta kamu...

cinta vs kenangan...

kedua-duanya...
sama indah...
sama luka...
sama sengsara...

bezanya kisah silam dan masa depan yang bakal dilalui...


Sunday, July 8, 2012

bila segala persoalan terjawab sudah...

dulu hati aku tertanya-tanya...
jiwaku menjadi resah...
perasaanku dilanda badai...
perjalanan hariku bagaikan tak menentu...
merenung aku dari kejauhan...
kini semuanya terjawab sudah...
aku masih lagi mempersoalkan...
kenapa...
mengapa...
bagaimana...
apa kurangnya...
ternyata aku seorang yang tidak mampu untuk menerima ketentuan itu dengan mudah...
sentiasa mempertikaikan setiap sesuatu...
hati ini terus mendesak dengan persoalan demi persoalan...
Ya Allah pasrahkan hati aku untuk menerima semua ketentuan ini...
yakin aku dengan sesuatu yang lebih baik pasti akan aku perolehi....

perjalanan hidup ku insyaallah masih jauh...
langkahku masih perlu aku atur...
menerima yang akan datang...
kerana bila nanti kamu betul2 aku temui... sesungguhnya...
saat itu...
mengenali kamu satu anugerah bagiku,
menyintai kamu satu amanah bagiku,
menyayangi kamu satu tanggungjawab bagiku,
bersama kamu satu kemahuan yang tulus bagiku,
semua itu satu kebahagian bagiku...

Thursday, July 5, 2012

renung peribadi

setelah agak lama dalam penantian... aku mula panik dalam menangih janji... tapi apa yang aku dengar membuatkan hati aku hancur luluh... tahu aku sentiasa di kasihi tuhan... masih lagi diuji dan dengannya insyaallah aku semakin tabah...

Tuesday, February 7, 2012

persoalan demi persoalan...


melihat apa yang sedang berlaku membuatkan aku makin keliru...
kenapa?
mengapa?
bagaimana?
sampai bila?
persoalan demi persoalan yang sukar untuk aku huraikan jawapannya...
makin banyak aku bertanya makin sukar untuk aku mendapatkan jawapannya.

sebagai seorang pemerhati dalam sepi aku tersandar pada tiang diri.
hanya mampu mengeluh dan berdoa agar semua ini ada kesudahannya.
tiada kata yang mampu aku luahkan mengambarkan perasaan ini.