Wednesday, September 26, 2012

Search - Cinta Sepi


Cinta Sepi

Kau nyalakan pelita hati
Tapi sayang di tengah hari
Aku sendiri bukan tak peduli
Betapa halusnya cinta
Hingga kita bisa tersinggung
Walau dengan setitis dusta

Terbakar hari panas mentari
Panas lagi cinta ini
Haruskah kita terus begini
Dalam mencari erti cinta
Hingga kita bisa tersinggung
Walau dnegan setitis dusta

Diam bukan bererti
Aku tidak mengerti
Dan bukan cumbu rayu
Yang mebuat kita rindu
Lumrahnya cinta

Sedang kita alami cinta sepi
Dekat ku rasa jauh pun ku rasa
Sekuat mana getaran cinta kita


http://www.youtube.com/watch?v=xdcOYYSc394 

Saturday, September 22, 2012

sibuk!... mengutip cebisan hati...

maaf aku terpaksa memingigirkan mu seketika...
kerana
aku sibuk mengutip dan mencantum kembali cebisan hati aku yang hancur...
cebisannya terlalu halus hingga terlalu lama masa yang aku perlukan...
perlunya aku kutip dengan penuh teliti..
agar tiada cebisan yang tertinggal...
andainya ada yang hilang rasanya tidak lagi akan sama...
kerana walaupun hati ini telah parah dan remuk menjadi serpihan tetap jua tidak aku ingin rasa  yang seperti dulu hilang...

kerana nama kamu tersisip indah dilubuk hatiku...

Saturday, September 1, 2012

ogos kini berlalu...


bercerita tentang kisah yang sepatutnya berlaku di Ogos 2012...
kita hanya mampu merancang,...
tuhan yang menentukan setiap kejadian...

well ogos kini berlalu...
alhamdullillah aku mampu melaluinya dengan tenang dan keceriaan...
dengan kehadiran sesuatu yang baru...
telah aku jadikan bulan ini sesuatu yang lebih bermakna...

iaitu erti berdikari...
belajar untuk menguruskan diri secara lebih meluas...
belajar untuk melawan trauma atau fobia...
belajar untuk lebih bersabar dalam menghadapi dugaan...
belajar untuk menerima dugaan dengan hati yang lebih terbuka...
belajar untuk lebih bersyukur...

setiap hari adalah permulaan untuk sesuatu yang baru...
seperti kanak2 yang baru boleh berdiri,
aku melangkah dengan keyakinan yang aku tak perlu takut untuk tejatuh mahupun terluka...

bersyukur aku dengan nikmat dan hikmah yang kuterima...
bersyukur aku meniti kedewasaan yang sedang aku lalui...

mungkin kata mereka sudah terlambat...
namun untuk sesuatu perubahan dan pembaharuan tiada istilah terlambat bagi aku...
biar mereka lelah bersuara...

sedangkan aku tersenyum gembira meniti kejayaan demi kejayaan...

harapan tetap aku tekadkan,
suatu hari nanti...perancangan ogos 2012 yang sedikit tergendala tetap jua akan berlangsung dengan jaya...
tidak kisah bila, dimana, bagaimana...
kerana aku yakin Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya...
insyaallah...

PERJALANAN ITU MASIH PANJANG...
KAU DAN AKU...
KITA AKAN MERINTISNYA BERSAMA-SAMA...
INSYAALLAH...